Sebagai orang korporat, tiap-tiap hari kena baca paper. Kena tengok News. Berita ekonomi dan politik mesti up to date. Meeting sana, meeting sini. Main golf.. biasa.. Corporate Talk.. biasa.
Pergi pagi balik gelap.. itulah fenomena kehidupan. Berapa banyak masa dihabiskan untuk urusan dunia. Tak salah kejar dunia. Tapi janganlah pula lupa akhirat.
Kata ustaz ambo, paling senang nak tambah saham akhirat ialah dengan mengaji (membaca al-quran). Paling kurang 10 ayat sehari supaya hati tak mati.
Petikan daripada Kuliah Ust Abdul Rahman (al-makki).. beliau menyebut:
Hasil penelitian dan kajian yang dijalankan oleh Imam an-Nasafi yang telah ditulis dalam kitab Majmu al Ulum wa Mathli’u an Nujum dan telah dikutip oleh Imam Ibn ‘Arabi dalam mukaddimah al-Futuhuat al Ilahiyah karangannya menyatakan bahwa :
Jumlah kesuruhan semua huruf dalam al-Qur’an sebanyak satu juta dua puluh tujuh ribu. (1,027,000). Kalau kita perhatikan data dari Al Quran adalah seperti berikut:
30 Juz
114 Surah
6,236 Ayat
1,027,000 Huruf
Rasulullah saw bersabda ”Barangsiapa membaca satu huruf Al-Quran, maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipat gandakan menjadi 10 kali kebaikan yang seperti dengannya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf lam adalah satu huruf, dan mim adalah satu huruf(Hadis Riwayat At-tarmizi disahihkan oleh Al-Albany).
Subhanallah, kalau kita dapat khatam membaca Al-Quran bererti kita akan mendapat pahala kebaikan sebanyak : 1,027,000 x 10 = 10,270,000 pahala kebaikan.
Dan kalau di bulan Ramadhan pula akan digandakan berlipat ganda.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : Orang yang pergi ke masjid kemudian dia belajar atau membaca dua ayat Al Quran, maka hal itu lebih baik baginya daripada dua unta yang besar dan gemuk, 3 ayat lebih baik baginya dari 3 unta, 4 ayat lebih baik baginya daripada 4 unta, 50 ayat lebih baik baginya daripada 50 unta, dan seterusnya balasan yang Allah berikan (HR. Muslim dan Ahmad).
Dan maksud sebenar perkataan “kimawain” dalam hadis di atas ialah unta besar yang membawa barang dagangan yang banyak. Kalau terjemahan yang mudah difahami pada zaman kita ini ialah satu kontena yang penuh dengan barang dagangan.
Subhanallah, kalau kita boleh khatam Al Quran dalam setahun, bererti kita sudah memiliki kebaikan lebih banyak dibandingkan dengan :
1 kali khatam Al Quran = 6,236 unta yang besar dan gemuk atau dari 6,236 kontena barang perniagaan kita. Kerana satu ayat lebih baik dari 2 kontena. Kalau khatam setiap bulan berapa banyak unta yang boleh kita miliki.
Timbul persoalan, Kenapa kita sibuk menghitung dan mengira pahala? Bukan menghitung, tetapi mengira sejauh mana kita terdorong dan ter ‘minat’ untuk mengamalkan perintah Allah dan Rasulnya serta membaca dan memahami isi Al Quran itu sendiri.
Marilah kita muhasabah diri. Berapa banyak masa kita peruntukkan untuk membaca Al-Quran. Kalau sehari 2-3 jam kita boleh menghadap TV, apasalahnya luangkan masa sebentar kepada Al-Quran kerana sudah tentu janji Allah itu benar belaka.
Tuesday, November 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment