Tinggal beberapa saja hari lagi jemaah haji akan wukuf di Arafah. Saya teringat semasa perjalanan ke Tanah Suci mengerjakan umrah pada bulan 6 yang lepas. Niat mengerjakan umrah sememangnya tersemat di hati sejak tahun lepas lagi. Lebih-lebih lagi Allah s.w.t menambahkan rezeki dengan pemberian 3 bulan bonus 2008. Simpanan dalam TH pun sudah cukup untuk saya dan isteri bagi mengerjakan Umrah ke tanah suci. Sebenarnya tahun ini genap 1 dekad perkahwinan saya. Tiada apa yang hendak dihadiahkan kepada isteri. Kebetulan Ust Norazan ada mempelawa saya untuk mengikuti rombongannya ke tanah suci. Jadi apa lagi, wang sudah cukup... Allah sudah beri jalan. Saya sahut pelawaan Ustaz dan mengkhabarkan berita gembira ini pada Isteri. Isteri berbelah-bagi juga. Almaklum, mak mentua saya baru beberapa bulan saja kembali kerahmatullah dan Qaisara pula masih lagi menyusu badan. Siapa yang nak jaga anak-anak kami. Tapi itu semua hanya dugaan. Bukan senang nak jadi tetamu Allah. Kami nekad untuk ke tanah suci. Allahamdulillah tanggal 29 Mei 2009 kami berangkat juga ke Tanah Suci. Kami berangkat berdua saja dan anak-anak ditinggalkan di Kuantan dan dijaga oleh adik ipar saya.
Eh.. macam pergi honneymoon pulak. Tak apalah sambil beribadah. Semasa di Madinah dan Makkah, Ust Norazan sebagai guru dan sahabat banyak membantu kami. Lebih-lebih lagi beliau sememang arif di sana. Abang beliau bertugas sebagai pensyarah universiti di Jeddah dan rakan sekampungnya yang bertugas di syarikat telekomunikasi serta para pelajar di Universiti Ummul Qura, Makkah banyak membantu kami sepanjang berada di tanah haram. Sempat kami tiga malam berturut-turut menjamu nasi arab di restoren paling popular di kota mekah (lupa nama) dan berusrah bersama penuntut Ummul Qura dan komuniti Melayu di sana. Tetapi bukan itu fokus saya. Saat beribadah di Masjidil Haram dan Nabawi paling tidak dapat dilupakan. Jiwa terasa lapang dan hati saya begitu tenang. Inilah dikatakan nikmat Allah yang tidak ternilai.
Alhamdulillah, saya sempat juga berada di Raudah di Masjid Nabawi, dan di Hijr Ismail, Multazam dan Makam Ibrahim di Masjidil Haram. Tempat-tempat ini adalah antara tempat yang dikatakan mustajab doa. Antara doa yang saya pohon supaya dikurniakan anak lelaki sebagai penyambung zuriat kami nanti. Sebagaimana maklum, kami telah dikurniakan 2 puteri Qistina (9 tahun) dan Qaisara (1 tahun lebih). Kedua-duanya dilahirkan secara caesarean (pembedahan). Doktor kata, paling ramai pun 4 orang anak saja. Itu sebab kami impikan sangat zuriat lelaki. Irregular period masih lagi terjadi pada isteri saya. Saya kuatir untuk tambah zuriat lagi takut menghadapi masalah seperti mendapatkan Qaisara. Bayangkan lebih 7 tahun menunggu. Lebih 18 bulan period isteri tak datang-datang lagi sejak kelahiran Qistina. Takdir Allah maha berkuasa. Allah penentu segalanya. Sebulan selepas kembali ke tanah air, isteri saya disahkan mengandung lagi anak ketiga. Kini kandungan beliau telah melepasi 6 bulan. Maha suci Allah, bila doktor scan semasa rawatan baru-baru ini telah disahkan bayi lelaki. Doa saya dimakbulkan Allah. Syukur tidak terhingga. Inilah dikatakan Anugerah Ilahi.. Kini kami sabar menanti kelahiran putera InsyaAllah bulan Februari 2010. Doakan buat kami supaya anak ini bakal dilahirkan dengan selamat dan menjadi anak yang soleh. Amin....
wahh, power mung jimmy. Dah 3, nanti potong aku lah pulak. Mung g umrah tu baper belanja?
ReplyDelete