Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.
Nurdini Qaisara
Saya ingin berkongsi satu kisah benar yang berlaku pada diri saya dan isteri. Pada tahun 2006, Puteri sulong kami telah mencapai usia 7 tahun. Belum ada rezeki untuk mendapat zuriat kedua. Pelbagai ikhtiar telah kami lakukan. Jumpa doktor pakar sana-sini. Isteri saya sebenarnya menghadapi masaalah haid yang tidak teratur. Memang selepas lahir anak pertama dulu, isteri saya ada mengambil injection dan pil perancang. Almaklum pada masa tersebut beliau masih student di Institut Perguruan. Tetapi selepas tamat belajar dan tidak lagi mengambil perancang, haid beliau masih tidak menentu. Pernah sampai setahun period tidak juga datang. Period tak datang kami tak kisah sangat. Tapi kami risau takut zuriat tidak bertambah. Doktor telah mengesahkan rahim isteri saya dihalangi oleh seketul fibroib iaitu ketumbuhan dalam perut. Mungkin terjadi akibat haid yang tidak keluar begitu lama. Walaubagaimana pun ianya tidaklah membahayakan kerana ianya masih kecil. Fibroid biasanya boleh dikeluarkan melalui cara pembedahan. Atas nasihat seorang kawan, kami cuba berubat dengan perubatan cara Islam. Kami telah ke Syifa' Al-Hidayah di Sungai Pusu, Gombak dan memaklumkan mengenai masalah kami yang kesukaran untuk tambah zuriat. Kami diminta untuk beramal dengan ayat Al-Quran pada setiap hari selepas subuh dan maghrib. Di samping bacaan Al-Quran, kami juga disarankan meminum madu setiap hari. Kuasa Allah telah terbukti. Semasa buat rawatan biasa di klinik pakar selepas tiga bulan beramal secara istiqamah dengan ayat-ayat Al-Quran dan madu, doktor mengesahkan fibroid tersebut telah hilang. Bagaimana hilang? Kami pun tak tahu. Lebih menghairankan doktor mengesahkan isteri saya mengandung 4 minggu untuk anak kedua. Subhanallah! Kami yakin dan percaya itulah mukjizat Al-Quran. Setelah hampir 8 tahun menunggu kami dikurniakan puteri kedua Qaisara yang lahir pada 25 Disember 2007.
Berusaha dan berdoa insyaAllah berjaya. Tahniah
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteAl Quran adalah mukjizat!