Ambo tersenyum sendirian bila teringat seorang ustaz dari Baling berceramah pada 2 bulan lepas. Beliau memetik satu-persatu dialog yang diungkapkan oleh seorang peserta Jangan Lupa Lirik terbitan stesyen TV berbayar. Pernah ada seorang peserta sampai memenangi RM100,000 kerana berjaya menyebut lirik lagu dengan tepat. Wah hebat!!! kerana berjaya mengingati bait-bait lagu. Tapi persoalannya, adakah peserta yang sama jika ditanya berapa rukun Islam, berapa rukun Iman, berapa rukun Solat dan lain-lain lagi rukun asas berkaitan Islam mereka mampu menyebutnya dengan tepat. Inilah agenda Yahudi dengan menyogok umat Islam dengan hiburan yang melalaikan kekadang sampai kita lupa untuk mengingati Allah.
Ambo ingin berkongsi kisah sebagai tauladan pada diri ambo 2 minggu lepas ketika di Besraya Highway pada pagi hari Final Piala Malaysia 2009. Masa tu ambo sedang memandu berseorangan untuk ke kelas di UUM City Campus. Biasalah radio sentiasa di ON kan. Time tu banyak diputarkan lagu-lagu retro dan ulasan mengenai Final M'sia Cup antara Kelantan vs NS. Seronok juga ambo mendengarnya sebab ambo salah seorang penyokong tegar Red Warrior. Fikiran ambo sudah melayang dok fikir mengenai bola. Sambil mulut turut ikut menyanyi lagu-lagu retro tersebut. Hati ambo sudah lara (lagho). Entah kenapa tiba-tiba terdengar dentuman kuat dari arah belakang. Kereta ambo dilanggar dari belakang dan terus berpusing 2 kali serta menghala ke kereta dari belakang secara bertentangan. Allah!!!! dan kereta ambo terus terlanggar divider dan tersadai di tepi jalan. Pada masa tu, baru ambo sebut dan teringat akan Allah. Istighfar.. Hayat ambo masih panjang dan Allah masih sayangkan pada ambo. Walaupun kereta rosak teruk tapi nyawa ambo masih ada. Alhamdulillah..Sebelum ni sepanjang 30 minit pemanduan ambo lupa akan Allah kerana ingat akan lagu retro yang dimainkan di radio. Begitulah adat manusia.. Bila sakit & susah baru ingat Allah. Masa senang, kaya dan lapang kita lupa akan kebesaranNya. Sesungguhnya Allah hanya memberi peringatan pada ambo supaya jangan lupa akan Allah setiap waktu. Setiap musibah yang menimpa ada pengajarannya. Dan yang pasti kita Jangan Lupa Allah.
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment