Thursday, December 31, 2009

Bibik ku Lailiyah

Salam Maal Hijrah 1431 dan Salam 1Malaysia 2010. Dah lama tak menulis. Almaklum, tahun masihi dah nak tutup buku. Banyak kerja perlu dibereskan. Lagipun seminggu-dua ni terasa amat sibuk. Pejam celik-pejam celik dah habis setahun. Tambah setahun umur, kurang pula jarak ke lubang kubur. Kata Ustaz Nik Razi Nik Mat semasa kuliah zohor tadi "Kapal Terbang landing pada landasannya. Kita pulak landing pada lubang kubur". Persoalannya, sudah bersediakah kita untuk landing??

Baik, kali ni aku nak berkongsi mengenai pembantu rumah atau Bibik atau Maid. Kami sekeluarga sudah hampir dua tahun sudah menggunakan perkhidmatan bibik ni. Senang pakai bibik ni sebab boleh tolong jaga anak & kemas rumah. Bibik pertama dulu, orang selatan Thai (siam). Tapi hanya dapat bertahan selama sebulan saja. Bukan dia malas kerja. Tapi diberhentikan sebab tak tahu nak buat kerja. Kena suruh baru buat. Macam pahat dengan penukul. Kadang-kadang lagak lebih dari tuan rumah. Memanjang tengok TV. Berebut channel dengan anak aku. Siap baring depan TV lagi. Petang-petang main luar rumah. Berlari-lari lagi. Tak boleh jadi. Terpaksa hantar balik ke Siam melalui Rantau Panjang.

Bibik kedua pulak namanya Lailiyah dari Jawa Timur. Yang ni, Alhamdulillah rajin berkerja tanpa disuruh. Kuat sembahyang dan baca quran. Sepanjang perkhidmatan beliau semua KRA dan KPI yang diset telah tercapai. Bangga aku. Sebab, bibik-bibik lain yang sekapal dengan Lailiyah ramai dah lari dan tak ikut spesifikasi majikan. Lailiyah memang OK. Kami cukup percaya dengan Lailiyah. Tak pernah buat hal.

Sabtu lepas, aku telah ke Arau, Perlis kerana menghantar adik iparku memasuki UiTM. Sebelum berangkat, Lailiyah sempat memeluk anak-anakku dengan erat sekali. Eh, lain macam jer bisik hatiku. Anak-anakku memang rapat dengan Lailiyah, terutama Nurdini. Biasa kalau nak berangkat jauh kami akan bawak kunci rumah spare. Tapi hari tu lupa pulak nak bawak. Semasa berhenti rehat di R&R Rawang, Nurdini buat hal. Tiba-tiba menangis, dan asyik sebut Bibik..bibik. Kami tiba di Arau agak lewat, jam 1 pagi. Petang Ahad kami kembali bertolak balik dari Arau jam 3 petang. Lebuh raya Utara-Selatan agak sibuk pada hari tersebut. Almaklum ramai balik dari bercuti Krismas. Sekali-sekala hujan lebat di sepanjang perjalanan pulang. 11.30 malam, aku mengantuk sangat, lalu singgah tidur sebentar di R&R Behrang. 12.15 tengah malam kembali semula menyambung perjalanan ke Desa Pinggiran Putra. Kami tiba tepat jam 2.10 pagi Isnin. Isteri ku berkali-kali tekan loceng rumah, ketuk pintu dan memanggil Lailiyah. Hampir setengah jam berada di depan pintu rumah tetapi Lailiyah tetap tidak kelihatan. Sangka ku mungkin Lailiyah tidur di rumah jiran atau pengsan dalam biliknya. Aku dah naik angin. "Saya nak tidur dalam kereta" kataku pada isteri. Allah bagi ilham pada isteriku. Entah macam mana tiba-tiba dibeleknya kasut sekolah anakku di depan pintu kelihatan kunci rumahku di situ. Isteriku dengan pantas membuka pintu dan terus meluru ke bilik Lailaiyah. Pelik... Lailiyah tiada di situ. Kami periksa almari pakaian Lailiyah. Semua kain-bajunya tiada. Sah, Lalilyah sudah lari. Kami meluru pula masuk ke kamar tidur kami, tengok barang-barang berharga yang disimpan. Alhamdulillah, tiada apa yang kehilangan. Lailiyah hanya lari membawa diri bersama pakaiannya saja. Anakku Damia, menangis tak dapat menahan perasaan. Bibiknya sudah lari. Tetapi kami agak musykil, kenapa beliau lari??

Sudah 3 hari berlalu, tiada khabar berita dari Lailiyah. Kami sudah laporkan pada Polis dan Imigresen. Kini Lailiyah adalah PATI kerana passportnya ada bersama kami. Kawanku pernah berkata, bibik yang kelihatan baik dan tidak banyak karenah, itulah yang paling berisiko untuk lari. Tapi larinya Lailiyah ada hikmah. Dia lari tanpa tinggalkan masalah besar. Apa jadi kalau dia lari semasa kami suami isteri keluar bekerja? Apa akan jadi pada anak kami. Apa jadi kalau barang-barang kami pun turut dicuri.. macam-macam lagi bermain difikiran ku. Mungkin Lailiyah ingin hidup bebas dan inginkan gaji lebih besar. Moga Lailiyah hidup lebih bahagia. Ada hikmah untuk kami anak-beranak supaya tidak berharap sangat pada bibik. Biarlah penat sedikit tetapi hidup lebih berkat. Kerukunan rumah tangga lagi rapat.. Paling ajaib, Nurdini tak sekali pun menyebut akan bibiknya. Macam tak kisah saja. Tidak sebelum ini. Mungkin Dini dah tahu awal semasa bibik memeluknya. Barangkali semasa beliau menangis di Rawang, semasa itulah Lailiyah angkat kaki.

2 comments:

  1. Ha, Ha, ha. Buatlah sendiri kerja-kerja rumah tu. Kang mu ade boleh tolong binimu. Anak2 antarlah nursery, boleh lah tolong ekonomi org2 melayu. Aku spi la ni tak terpikir lagi nak amik maid, tak tahulah akan datang...

    ReplyDelete
  2. aku sayang kat bini... coming soon bibik Kemboja pulok..

    ReplyDelete