Thursday, October 20, 2011

Perihal Doa

Sudah hampir 2 bulan saya bertugas di tempat baru. Berbeza sungguh suasana kerja di sini. Di tempat lama saya sering dikejar oleh kontraktor, vendor & users. Nak kata sibuk tak juga. Tapi macam-macam kena buat. Urusan kerja kita banyak berkait dengan pihak luar. Tetapi di sini, amat berbeza. Kita semua yang control. Tak perlu bergantung kepada orang lain sangat. Itu pasal kerja.


Hari ni nak cerita pasal Baca Doa. Sejak masuk kerja di sini 10 tahun dulu boleh katakan setiap tahun saya dijemput oleh penganjur untuk bacaan doa di majlis-majlis rasmi. Almaklum program kerajaan sentiasa dimulakan dengan doa. Tidak kira majlis tersebut mengandungi aktiviti maksiat seperti tarian dan nyanyian antara lelaki dan wanita. Masa di universiti dulu pun sering juga dijemput sebagai pengacara majlis (emcee) dan baca doa jika ada program bersama Menteri dan program rasmi universiti. Fikir saya, mungkin suara saya ni ada ummp barangkali walaupun muka saya taklah sekacak mana. Sebab tu sering dijemput. Apapun semua ini anugerah tuhan yang hanya dipinjam untuk sementara. Dek kerana sering baca doa di majlis-majlis rasmi, ramai yang panggil saya Ustaz. Tapi gelaran Ustaz ni saya tidak gemar sebab ianya darjat yang tinggi dengan ilmu yang patut dimiliki sedangkan diri ini tidaklah mempunyai ilmu-ilmu agama yang hebat jika dibanding dengan Ustaz. Minggu depan ada lagi Program 'Choral Speaking' sempena sambutan Hari Inovasi peringkat kebangsaan di agensi saya. Selama ini setiap jemputan saya tidak menolak kerana meraikan jemputan pihak penganjur di samping saya juga berminat untuk hadir bagi mendapat exposure dan networking. Sekurang-kurang orang menghargai tugasan kita dan tukang baca doa ni sering dapat makan free.Tetapi kekadang saya terfikir adakah wajar saya menerima jemputan kerana kekadang ada campuran majlis maksiat yang 'lagho'. Awalnya sahaja nampak baik dengan dimulai bacaan doa. Tetapi dicampuri dengan unsur-unsur kemaksiatan. Rasanya saya juga turut bersubahat. Lebih parah lagi kita yang mendoakan dan redho dengan program berunsur maksiat.

Setelah diselidiki, saya sepatutnya perlu berhati-hati dengan penganjuran majlis. Saya patut memilih yang mana halal, yang mana haram dan yang mana harus. Disertakan petikan daripada laman web e-fatwa. Semoga Allah swt mengampun segala kesilapan saya yang lalu.


Tarikh Keputusan: 4 Jul, 1987

Huraian Tajuk/Isu:
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) dimaklumkan bahawa ada terdapat majlis-majlis rasmi yang diadakan oleh setengah-setengah pihak yang tidak berunsurkan Islam ada dibacakan doa.


Keputusan:
" Bahawa majlis-majlis yang bercanggah dengan ajaran Islam tidak perlu dibacakan doa ".

Keterangan/Hujah:
Setiausaha Jawatankuasa Kecil yang di tubuhkan dalam perkara ini membentangkan rangka kerja panduan bacaan doa di majlis rasmi dan tempat duduk pembaca doa diterima seperti berikut :


MAJLIS YANG DIHARUSKAN DIBACA DOA
1. Majlis yang berunsurkan Islam seperti Majlis Arwah, Khatam Al-Quran, doa selamat atau seumpamanya.
2. Majlis yang bukan berunsurkan Islam (umum) seperti majlis mesyuarat, majlis sukan, majlis perjumpaan dan lain-lain atau yang tidak ada padanya perkara-perkara yang mungkar dan bercanggah dengan hukum syara' .
3. Majlis yang dihadiri oleh orang Islam atau sebahagian besar daripadanya orang Islam.

1 comment:

  1. Doa senjata orang mukmin. Berdoa dan mintalah apa saja kepada Allah kerana Dia yang menjadikan kita. Jika tidak meminta sekali pun Allah tetap tahu keinginan kita namun Dia lebih suka hamba memohon dan merayu kepadanya. Kita adalah hamba dan Allah adalah pencipta.

    ReplyDelete