
- Peranan pemimpin. Mesti bersikap adil dan tidak bersikap zalim. Adil bermaksud meletakkan sesuatu ditempat sepatutnya. Manakala zalim adalah bermaksud sebaliknya. Contohnya, songkok sememangnya dipakai di kepala. Maka ianya dilihat adil jika diletakkan di kepala (atas) . Tetapi jika songkok dipakai dikepala lulut, maka itu bermakna zalim. Pemimpin ditegah menggunakan kuasa untuk menekan atau menindas orang lain. Ingatlah, doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Di zaman sahabat dan taabi'in semua orang takut nak menjadi pemimpin. Khalifah Omar Abdul Aziz menangis bila beliau dipilih menjadi pemimpin. Sebaliknya dewasa ini, orang menangis jika mereka tidak terpilih menjadi pemimpin. Pemimpin merupakan orang yang pertama sekali akan ditanya di Padang Mahsyar. Kemudiannya ulamak.
- Pembahagian waktu. Hendaklah mereka yang berakal itu membahagikan seharian mereka kepada 4 pecahan waktu:
- Bermunajat kepada Allah; mesti perbanyakkan masa untuk Allah. Kurangkan masa tidur. Sebaik-baiknya tidur antara 4-5 jam sehari. Banyakkan sembahyang malam. Dalam kitab Laatahzan menyatakan "Sembahyanglah malam walaupun beberapa ketika hendak masuk waktu subuh". Maknanya sangat dipentingkan untuk mengerjakan solat malam. Banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran.
- Muhasabah diri; mesti renung atau bayangkan apakah kita lakukan setiap hari. Berapa banyak amalan dan dosa yang telah kita dilakukan. Jika banyak dosa, jangan berlengah untuk memohon keampunan.
- Merenungkan ciptaan Allah s.w.t; Renungkan kejadian dan ciptaan tuhan. Semutnya misalnya. Walaupun kecil tetapi organnya banyak. Ada hati dan jantung. Anak-anak yang keluar dikala menetas dari telur terus ke laut. Siapa yang menggerakkannya. Tanpa pakai GPS. Mereka tahu hala tujuan masing-masing. Anggota badan kita. Mata tanpa spring boleh berkelip-kelip. Buah pinggang dan jantung tanpa bateri boleh bergerak-gerak dan mengepam darah. Besar sungguh ciptaan tuhan.
- Mencari Nafkah; Amat penting untuk menyara diri dan keluarga. Nafkah yang dikeluarkah untuk isteri misalnya digandakan pahala sebanyak 900 kali berbanding kalau sedekah kepada orang lain yang mendapat 700 pahala.
Akhirnya, ustaz menyampaikan dua pepatah arab untuk renungan. "Jangan tunggu masa lapang..kitalah yang perlu melapangkan masa. Jangan lari daripada gelombang tetapi belajarlah cara menghadapi gelombang".